Semua murid Tahun 6 sesi 2023/24 adalah dipelawa bagi menyambung pengajian di...
1.Maahad Johor (MJ), Johor Bahru Johor
072232710 / 32
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama dan Perakaunan KPM
Menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
Turut menawarkan pengajian di peringkat STAM
Khas untuk murid lelaki sahaja
***
2. Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ), Johor Bahru Johor
072232710 / 32
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz KPM (Hafazan Al Quran sepenuhnya 30 juz dalam tempoh 5 tahun)
Khas untuk murid lelaki sahaja
***
3. Maahad Johor Lil Banat (MJLB), Johor Bahru, Johor
072232710 / 32
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini Agama
Turut menawarkan hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
Merupakan cawangan Maahad Johor khas untuk murid perempuan sahaja
***
4. SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
077715482
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
Turut menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
***
5. Maahad Pontian, Pontian (MP)
076874470
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
***
6. SMA Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR)
074545710
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama Perdagangan dan Perakaunan KPM
Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
***
7. SMA Bugisiah, Tampok Pontian (SMABG)
074241901
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama KPM
Menawarkan Program hafazan Al Quran 13 juz dalam tempoh 5 tahun bagi murid terpilih
Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada
RABU - 28 OGOS 2024
dan akan ditutup pada
RABU - 02 Oktober 2024 (05.00 petang)
SYARAT ASAS PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia. Bangsa Johor diberikan keutamaan.
2. Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
3. Terhad kepada calon lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
1. Keputusan Peperiksaan UPKK
2. Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)/Setara
3. Keputusan j-Qaf
4. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 5 SAKJ
5. Angka Giliran Peperiksaan SDEA 2024
6. Keputusan PAJSK Tahun 5 Sesi 2023/2024
Hanya calon yang disenarai pendek berdasarkan Kiraan Merit Tertinggi akan dipanggil untuk menghadiri UJIAN KELAYAKAN yang dijadualkan akan dijalankan pada...
19 hingga 26 OKTOBER 2024
Sila ambil perhatian kepada...
TARIKH-TARIKH PENTING sepanjang tempoh permohonan:
1. 28 Ogos 2024 - 2 Oktober 2024 (Permohonan secara dalam talian)
2. 09 Oktober 2024 - 18 Oktober 2024 (Semakan panggilan ke Ujian Kelayakan)
3. 19 - 26 Oktober 2024 (Ujian Kelayakan)
4. 13 November 2024 - 22 Januari 2025 (Semakan dan pengesahan calon berjaya ke sekolah pilihan dan rayuan)
5. 29 Januari 2025 - 12 Februari 2025 (Semakan dan pengesahan calon rayuan)
MAKLUMAT BERKAITAN UJIAN KELAYAKAN
Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;
1. Ujian Secara Dalam Talian
- dijalankan selama 1 jam.
- merangkumi penguasaan asas BM, BI, BA, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan Pengetahuan Am.
2. Ujian Inventori Personaliti Murid (IPM) selama 15 minit.
3. Ujian Lisan
- Bacaan surah al Fatihah
- Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
- Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MJ, MTNJ, MJLB dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan pada hari Ujian dijalankan.
4. Lancar bacaan alquran dan bertajwid 👍